Tindakan penyampai radio, Fizi Ali yang meninggalkan Suria FM di saat akhir menyusahkan stesen radio berkenaan berikutan mereka sedang sibuk dalam rangka promosi jelajah 90 Suria yang akan berlangsung bermula Sabtu ini.

Akibat tindakannya itu, Suria FM terpaksa mengalami kerugian lebih RM50 ribu ringgit.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan Fizi itu.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari sebelum kontrak Fizi bersama Suria FM tamat.

Berikutan itu, pihaknya terpaksa melakukan beberapa rombakan semula membabitkan promosi jelajah 90 Suria.

“Kami terpaksa reshoot semula video promo, tukar wallpaper pada bas. Memang banyak yang terpaksa kami laburkan disebabkan tindakan Fizi itu,” katanya.