Oleh Nurul Ashiqin

editor@dailytv.my

KUALA LUMPUR: HONOR mengumumkan telefon boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic Vs yang akan dilancarkan pada Majlis Pelancaran Produk Flagship HONOR China pada 23 November ini.

Peranti ini akan mencatat sejarah sebagai telefon boleh lipat kedua HONOR menguasai dunia teknologi.

HONOR melangkah jauh dalam inovasi dan produk Flagship premium untuk pengguna seluruh dunia.

HONOR sentiasa mencuri tumpuan selepas memulakan perjalanan baharu sebagai syarikat bebas pada 2020.

Jenama ini mula membuat kemunculan semula secara besar-besaran dalam pasaran telefon global penghujung 2021.

Pendekatan agresif HONOR dengan menghasilkan produk-produk inovatif bagi memenuhi kehendak pengguna menerusi siri HONOR Magic4 Pro, HONOR 50 dan HONOR 70 menjadi bualan hangat ramai.

HONOR melancarkan telefon boleh lipat pertamanya iaitu HONOR Magic V awal tahun ini.

Walaupun tidak dijual di pasaran global, HONOR Magic V tetap memperkuhuhkan kedudukannya di China bersaing dengan jenama telefon boleh lipat lain.

Berdasarkan laporan analisis International Data Corporation (IDC), permintaan terhadap HONOR Magic V semakin meningkat sejak diperkenalkan Januari lalu.

Meskipun HONOR hanya memiliki satu model telefon boleh lipat, HONOR Magic V berupaya menguasai 7 peratus pasaran telefon boleh lipat China bagi suku ketiga 2022.

Ini memberi gambaran minat dan potensi perbelanjaan terhadap telefon boleh lipat HONOR semakin meningkat di seluruh dunia.

Mampukah HONOR Magic Vs tiba ke Malaysia?

Adakah anda teruja mendengar berita ini?

Dapatkah kita melihat telefon boleh lipat baharu HONOR yang menarik ini di Malaysia? Apakah ciri-ciri peranti berkenaan? Nantikan.