Oleh Nurul Ashiqin

editor@dailytv.my

KUALA LUMPUR: HONOR Malaysia hari ini melancarkan peranti baharu HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Pad X8.

Sebagai edisi terbaharu siri HONOR MagicBook X, HONOR MagicBook X 16 menampilkan inovasi canggih dalam paparan, rekaan dan prestasi pada harga RM3,499.

Manakala HONOR Pad X8 hadir selepas pelancaran tablet pertama pada Ogos lalu.

Tablet ini didatangi dengan paparan 10.1 inci yang memberi keselesaan mata serta 4G LTE pada harga berpatutan RM899.

HONOR MagicBook X 16 – Kompak dan Berkuasa

HONOR MagicBook X 16 didatangi dalam Paparan FullView HONOR 16 inci dengan bezel sempit 4.5mm dan nisbah skrin ke badan 89 peratus bagi memberi visual yang mengasyikkan.

Dengan resolusi 1920*1200 piksel, 100 peratus sRGB warna gamut lebar dan kecerahan 300 nit membolehkan HONOR MagicBook X 16 menghasilkan warna terang dan imej seakan-akan hidup untuk apa jua kegunaan sama ada pembelajaran, kerja, atau permainan.

Menyentuh soal prestasi, HONOR MagicBook X 16 berkuasa dengan pemproses Intel® Core™ Generasi ke-12 selain dimuatkan dengan dua core prestasi dan lapan core efisien bagi menghasilkan 4.4GHZ Performance-core Max Turbo Frequency. Kuasa ini menjadikan HONOR MagicBook X 16 terbaik dalam kelasnya untuk membuat kerja, permainan dan juga hiburan.

Bagi potensi keseluruhannya, HONOR MagicBook X 16 menampilkan rekaan penyebaran haba yang canggih, kipas besar, dwi paip haba dan sirip penyejuk 21 peratus lebih besar berbanding pendahulunya untuk menyebarkan haba dengan cepat. Rekaan terbabit membolehkan proses penyejukan dengan cekap dan tidak mengganggu prestasi komputer riba tanpa kira apa jua penggunaannya.

HONOR MagicBook X 16 dilengkapi bateri besar 60Wh bagi membolehkan tontonan video 1080P sehingga 12 jam atau 10.5 jam menyiapkan tugasan. Peranti ini sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja seharian dan juga mementingkan hiburan.

Seperti biasa, siri HONOR MagicBook X tidak akan lengkap tanpa tanda dagang Pensijilan TÜV Rheinland Cahaya Biru Rendah (Hardware Solution) dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free bagi mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan selain memastikan pengalaman menonton tanpa gangguan kelipan.

HONOR Pad X8 – Dilengkapi 4G LTE

HONOR Pad X8 dibina khusus untuk hiburan di mana-mana sahaja. Tablet ini menampilkan Paparan FHD 10.1 inci bagi nisbah skrin ke badan 80 peratus. Untuk itu, resolusi 1920×1200 piksel dan 16.7 juta warna memberikan kejelasan tiada tara untuk pengalaman menonton teater, sesuai bagi mereka yang suka meneroka hiburan di seluruh dunia. Lebih menarik, HONOR Pad X8 juga turut hadir dalam versi 4G LTE yang dilengkapi slot kad sim.

Untuk pengalaman audio menakjubkan, HONOR Pad X8 menampilkan dua pembesar suara amplitud tinggi yang diletakkan secara simetri di kedua-dua sisi, menjadikan tablet ini mampu mencapai tahap kelantangan lebih tinggi untuk bunyi yang lebih dalam, bes lebih penuh dan lebih enak didengar.

Menampilkan sistem bunyi keliling 9.1-saluran, HONOR Pad X8 mengoptimumkan kalibrasi bunyi di setiap peringkat kelantangan, menggabungkan pelbagai saluran output audio bagi mengawal masa bunyi dimainkan, memberi pengguna pengalaman audio pelbagai dimensi dan membuai halwa telinga pengguna seperti mendengar persembahan secara langsung.

HONOR Pad X8 turut dilengkapi dengan ciri perlindungan mata untuk keselesaan pengguna bagi penggunaan sepanjang hari.

Harga dan Ketersediaan

HONOR MagicBook X 16 mula dijual pada 18 November 2022, manakala HONOR Pad X8 pada 11 November 2022.

HONOR MagicBook X 16 ditawarkan dalam warna Mystic Silver untuk versi 8GB + 512GB. Pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM 777 yang terdiri daripada beg galas HONOR, tetikus tanpa wayar dan pra pemasangan Microsoft Office Home & Student 2021.

HONOR Pad X8 pula hadir dalam warna Space Grey dengan spesifikasi 4GB + 64GB berserta hadiah percuma Sarung Lipat HONOR Pad X8 yang bernilai sehingga RM99.