Oleh Nina Malina

editor@dailytv.my

KUALA LUMPUR: Ecolite telah melancarkan produk formulasi baharunya, Ecolite Waist Tonic yang menggunakan herba tradisional yang digabungkan dengan bahan aktif berpaten Physta® Tongkat Ali.

Sebagai pelancaran baharu itu, Ecolite turut melantik pelakon dan selebriti, Norman Hakim sebagai duta bagi jenama produk ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Biotech Berhad (Sunzen, 0148, Ace Market), Teo Yek Ming berkata, pihaknya optimistik dengan perkembangan syarikat Ecolite.

“Produk seperti sarang burung, minuman kesihatan, pati tonik adalah produk yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan manusia.

“Saya sudah melaburkan ke kilang yang baharu dan moden untuk menyumbang kepada kemajuan besar dalam perniagaan Kumpulan Sunzen.

“Kami juga merancang membuka kedai khas untuk makanan kesihatan berjenama sendiri di pusat beli-belah terkemuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim berkata, Ecolite berhasrat untuk mengeluarkan produk berkhasiat dan semula jadi agar orang ramai dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menikmati kehidupan yang seimbang dan harmoni.

“Sehingga hari ini, hasrat ini tidak pernah berubah. Kami berharap dapat berkongsi keberkesanan produk kesihatan Ecolite dengan orang ramai melalui kedai fizikal dan kedai atas talian dan pada masa yang sama melalui pengedar luar negara terus kepada seluruh pelusuk dunia.

“Pada masa hadapan, pembangunan produk kami akan menumpukan pada produk berkhasiat dan fokus mengikut kumpulan pengguna seperti lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, duta jenama Ecolite, Norman Hakim berkata, dia berbesar hati untuk menjadi duta bagi produk Ecolite Waist Tonic.

“Sebagai selebriti, kerjaya saya memerlukan saya untuk bekerja dalam masa yang panjang dan waktu yang tidak boleh dijangka. Apabila pulang ke rumah, saya memainkan peranan sebagai bapa dan suami.

“Sebelum mengamalkan Ecolite Waist Tonic, saya sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan lutut. Keadaan ini telah memberi kesan kepada kehidupan seharian.

“Saya terima tawaran untuk menjadi duta jenama produk ini kerana saya telah mengambil tonik ini untuk masa yang lama. Bukan sahaja sakit pinggang dan lutut saya bertambah baik, malahan tenaga keseluruhan saya juga meningkat dengan ketara.

“Kini, saya membawa Ecolite Waist Tonic ke mana-mana setiap hari, dan saya sangat mengesyorkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan,” katanya.

Ecolite Waist Tonic membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan keletihan di bahagian belakang serta pinggang.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Ecolite ialah jenama produk penjagaan kesihatan yang dipercayai dan mengutamakan kesihatan serta mempunyai sejarah melebihi 20 tahun di Malaysia.

Ecolite mempunyai misi untuk membantu memulihkan kesihatan orang ramai dengan produk berkhasiat.

Bermula daripada bahan mentah semula jadi, yang diformulasikan dengan gabungan ilmu tradisi Cina serta teknologi sains moden, Ecolite akan melancarkan pelbagai kemudahan produk kesihatan, memastikan produk dengan kemudahan, berkualiti dan bermanfaat untuk orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti.

Ecolite bertujuan untuk menjadi produk kesihatan yang bereputasi dan dipercayai.