Penyanyi Hazama mengakui dia dan isteri, Genervie Kam, menangguhkan seketika hasrat untuk menjalani rawatan kesuburan, In Vitro Fertilization (IVF) disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

Hazama berkata, mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk melakukan rawatan berkenaan dan berkemungkinan jika tiada halangan akan melakukan perkara itu tahun depan.

Hazama dan isteri menyerahkan mengenai rezeki zuriat kepada Allah.

Pasangan ini tidak tertekan memikirkan soal cahaya mata malah keluarga juga begitu memahami.

Dalam pada itu, Hazama turut berkongsi peranannya sebagai duta Anti Scam.