Bertempat di hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Women of Excellence Awards 2021/22 atau WOEA 2021/22 buat pertama kalinya diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada lebih 70 usahawan dan personality wanita terhebat dari seluruh negara.

Majlis anugerah yang julung kali dianjurkan oleh FM Media Communications dengan kerjasama majalah THE CEO Malaysia ini telah berjaya mengumpulkan syarikat yang berjumlah keseluruhan bernilai lebih dari lima ratus juta Ringgit Malaysia (RM500,000,000.00).

Seramai lebih 350 tetamu hadir menyaksikan majlis anugerah berprestij ini yang dirasmikan oleh Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif, FM Media Communications; Muhammad Fairos Ayob, Pengarah Urusan FM Media Communications; Ema Malina Abu Bakar Tajudin, Pengerusi BERNAMA TV; YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Pengerusi Koperasi Usahawan Maju Bhd; Datin Zalani @ Nornie Haji Hassan, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah; Dato Shahira Ahmed Bazari, serta Presiden dan Pengasas Melium Group; Dato Seri Farah Khan.

Terdapat 50 anugerah dipertandingkan membabitkan pelbagai industri antaranya Wanita Dalam Perniagaan, Usahawan Wanita Baru Terbaik, Anugerah Khas Kepimpinan, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Industri Peruncitan, Industri Teknologi, Industri Bumiputera, Industri Makanan dan Minuman, Industri Pendidikan, Industri Kewangan dan Hartanah, Media serta Selebriti tanah air.

Setiap perniagaan yang menerima anugerah dinilai menerusi tiga (3) kriteria utama iaitu pencapaian tahunan syarikat, kepimpinan luar biasa dan pencapaian yang menonjol dalam bidang yang diceburi.

Memulakan majlis, PU Riz dijemput untuk pembacaan doa. Tetamu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanahair iaitu Dolla dan Noraniza Idris.

Sementara itu, Datin Rita Sosilawati, Datin Elaine Daly, Datuk Syafinaz Selamat, Farhatul Fairuzah, Mira Filzah, Jihan Muse, Syafinaz Yunos, DJ Lin, Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad, Rozita Che Wan, MUA Bellaz, Maya Karin dan Jaclyn Victor hadir untuk penampilan istimewa.

Diterbangkan khas dari Jakarta, legenda terkenal, Hetty Koes Endang hadir menyerikan majlis pada malam itu.

Turut dimeriahkan dengan penyertaan jenama terkenal seperti Ceres, Bonia dan Harley Davidson Kuala Lumpur serta TV AlHijrah sebagai media rasmi.